Tuesday, June 12, 2012

Nur Fansuri

'*Bismillah hirRahman nirRahim*' [In the name of Allah most Gracious Most Merciful]

 Alhamdulillah, Syukur ke atas Allah SWT yang memberikan kelapangan ke atas diri ini untuk sekali lagi berbait-bait dengan kata-kata hati yang tidaklah mampu menarik hati mana-mana insan tanpa izin Allah SWT. Dan ingin saya kongsikan pada semua yang membaca tentang rasa yang tersirat di dalam hati ini. Seperti yang saudara/saudari sedar bahawa post kali ini bertajuk Nur Fansuri.

 Apakah Nur Fansuri?..

Mengapa Nur Fansuri?..

 Maka post saya kali ini Insya-Allah akan menjawab segala persoalan saudara/saudari kali ini.


   Nur Fansuri adalah merupakan satu gelaran yang di gunakan oleh seorang anak muda dalam usahanya mengubah pendirian, pemikiran, akhlak dan juga kefahaman anak-anak muda kepada yang lebih baik dengan menerapkan nilai-nilai Islam kedalam hati sanubari dan pemikiran anak muda melalui hasil tulisan risalah-risalah yang diedarkan di sebuah Institut pendidikan tinggi awam. Beliau merupakan seorang anak tunggal yang telah di terapkan dengan didikan agama yang secukupnya oleh kedua orang tuanya.


   Nur fansuri bukan seorang pujangga yang hebat jika ingin di bandingkan dengan pujangga-pujangga islam yang sentiasa bermadah atas kemaslahatan Ummah. Tetapi kerana kekaguman beliau ke atas setiap Pujangga Islam dan jugak hasil karya mereka maka Nur Fansuri telah mengorak langkah dalam menulis risalah-risalah kecil yang di edar di pusat pengajian beliau. Kerana risau dan fikir beliau yang sedih melihat kemaslahatan anak-anak muda terutama sekali di kalangan remaja yang semakin lalai dan jauh dari agama kerana dek di buai khayalan dunia yang bermain-main di mata zahir mereka. Kerana atas fikir ini Nur Fansuri memberanikan dirinya untuk mengubah pemikiran anak muda dengan merangkap syair-syair yang bermadah yang mampu menitis ribuan mata anak-anak muda ketika itu. Di setiap karangan beliau hanyalah tertulis Nur Fansuri ianya tidak bersertakan nama sebenarnya kerana memang niatnya adalah semata-mata kerana ALLAH SWT.

   Kerana madah syairnya yang begitu mendalam dan telah berjaya menusuk qalbu ribuan pelajar-pelajar muda di Pusat pengajiannya maka usaha mencari insan yang hanya di kenali sebagai Nur Fansuri ini di adakan di pusat pendidikan akan tetapi setiap usaha mencarinya menemui kegagalan kerana doa Anak Muda yang di gelar Nur Fansuri ini yang meminta kepada Allah SWT agar identitinya selamat dari pengatahuan orang ramai. Hanya segelintir sahaja yang mengetahui identiti sebenar Nur Fansuri di atas kepercayaan Nur Fansuri yang utuh kepada mereka untuk merahsiakannya. Bila tamat sahaja pengajian beliau di pusat pendidikan itu Nur Fansuri telah meninggalkan legasi yang menjadi ikutan ramai anak-anak muda yang menyambung usaha dakwahnya melalui bait kata-kata pujangga.

   Maka Sudah selesai pengenalan nur Fansuri kepada saudara/saudari. Sekarang saya menulis post ini kerana saya ingin menjadi seperti beliau agar legasinya menjadi legasi saya Insya Allah. Kerana budi pekerti yang ada pada dirinya membuatkan diri saya yang jahil, dhoif lagi hina ini ingin mengambil peluang yang ada ini untuk meneruskan perjuangan seorang kawan yang telah meninggalkan legasi buat semua anak muda terutama sekali dari kalangan remaja untuk mengorak langkah di atas kemajuan Iman dan Amal yang soleh.

Saya amat kagum dengan semangat yang ada pada Nur Fansuri, walaupun beliau juga jatuh cinta kepada kerana fitrah manusia yang tidak lari dari cinta tetapi itu bukan menjadi penghalangnya untuk terus maju dalam merangkap syair untuk tatapan anak-anak muda. Walaupun Nur Fansuri telah jatuh cinta tetapi dengan hati yang kental dan kuat beliau tidak ingin melayan perasaan yang hinggap di sanubari seorang lelaki kerana baginya jika benar dia adalah jodohnya yang akan menemannya di dalam perjuangannya maka itu adalah ketetapan Allah SWT dan jika sebaliknya itu juga adalah ketetapan Allah SWT dan hanya keredhaanNya sahaja yang di mintanya. Kerana jazbah (semangat) yang tinggi untuk memelihara ikhtilat dengan wanita yang di kasihinya maka Nur Fansuri telah berusaha untuk menjauhkan dirinya daripada wanita itu dengan hemah selagi mana  tidak ada ikatan yang sah. Kerana usahanya dalam menjaga dirinya dan juga demi menghormati haq seorang wanita maka dengan ketetapan Allah SWT maka mereka telah menjadi suami Isteri yang sah di Ijab Qabulkan ini menunjukkkan walaupun tidak ada usaha dalam memenangi hati wanita itu tetapi akhirnya mereka telah di satukan kerana keperihatinan Nur Fansuri dalam menjaga hatinya agar tidak tertipu oleh bisikan syaitan. Benar Jika benar cinta maka usahakanlah tetapi usahakanlah untuk mantapkan Iman dan Amal.



 Benarlah satu pepatah Arab yang berbunyi: 

 "مَنْ جَدَّ وَجَدَ,مَنْ زَرَعَ حَصَدَ,مَنْ يَجْتَهِدْ يَنْجَحْ"

 ‎"Man jadda wajada, wa man zara’a hasoda, wa man yajtahid yanjah

 " yang membawa maksud:

 مَنْ جَدَّ وَجَدَ - Man jadda wajada bermakna "Sesiapa yang berusaha (InsyaAllah) akan mendapat apa yang diusahakannya".

 .. مَنْ زَرَعَ حَصَدَ - Man zara'a hasada pula bermaksud "Sesiapa yang bercucuk tanam (InsyaAllah) akan menuai hasilnya.

" مَنْ يَجْتَهِدْ يَنْجَحْ - Man yajtahid yanjah pula bererti "Sesiapa yang berusaha (InsyaAllah) akan beroleh kejayaan."


Ghuraba Nasheed remix by Turntoislam.com