Sunday, April 22, 2012

Kemunduran ummat Dan penyelesaainnya bahagian 1

Sewaktu dunia sedang tenggelam dalam kegelapan kekufuran, kesesatan dan kejahilan, telah zahir sinar hidayat dan petunjuk dari bukit-bukit gersang Batha (di kota Mekah) lalu menyinari timur dan barat, utara dan selatan. Pendek kata seluruh penjuru dunia telah di sinari dengan cahayanya. Dalam tempoh yang singkat (23 tahun) kelompk manusia telah di bawa ke satu puncak kemajuan sehingga sejarah dunia tidak mampu untuk mendatangkan contoh seumpamanya. Di tangan orang islam (pada zaman itu) telah diberikan cahaya petunjuk dan hidayat serta kebaikan dan kejayaan. Dengan sinar cahaya ini mereka sentiasa bergerak laju di landasan kemajuan dan berkurun-kurun lamanya mereka dapat memerintah dunia dengan gilang-gemilang sehingga setiap kekuatan yang cuba menentang terpaksa menerima kehancuran. Perkara ini adalah satu hakikat yang tidak mungkin dapat di sangkal tetapi kemudiannya kisah-kisah sejarah tersebut diulang berkali-kali pun, ini masih tidak dapat menenangkan jiwa sedikit pun dan tidak ada gunanya serta tidak berfaedah kerana peristiwa-peristiwa dan perkara-perkara yang dapat disaksikan dewasa ini sendiri telah menconteng arang kepada kehidupan orang Islam dan merosakkan usaha-usaha cemerlang salafoussolehin (sahabat-sahabat Rasulullah, para ulama' dan orang soleh pada zaman dahulu) kita yang lalu.


Apabila kia melihat kembali lembaran-lembaran sejarah kehidupan orang Islam selama 1432 tahun yang lalu maka dapat di ketahui bahawa orang Islam adalah pemilik tunggal kemuliaan, keagungan, kegemilangan, kebesaran dan kehebatan. Walau bagaimanapun, apabila kita mengalihkan pandangan daripada lembaran-lembaran tersebut dan cuba memerhatikan keadaan orang Islam dewasa ini maka kita akan namapak bahawa kita berada dalam keadaan yang sangat hina, lemah dan tidak mengetahui apa-apa, tanpa kekuatan dan kehebatan, tanpa harta dan benda, tanpa ketinggian dan kemuliaan, tiada lagi perasaan persaudaraan dan kemesraan. Perangai dan budi pekerti kita tidak baik, akhlak juga tidak baik, amal-amal pun tidak baik malah perwatakan pun tidak lagi baik. Segala keburukan wujud pada kita dan diri kite tersangat jauh daripada segala kebaikan. 


 Orang asing (bukan islam) bergembira melihat kita dalam kedaan yang serba lemah ini. Mereka mengheboh-hebohkan kelemahan-kelemahan kita malah mereka mentertawakan kita. Keadaan ni tidak berhenti setakat itu sahaja bahkan pemuda-pemudi yang kita sayangi yang tergila-gilakan budaya moden telah mempersenda-sendakan prinsisp-prinsip agama kita yang suci. Mereka mengkritik setiap amalan agama sehingga mereka berkata bahawa syariat yang suci ini tidak lagi sesuai untuk di amalkan. Syariat-syariat ini adalah sia-sia dan tidak berguna lagi pada pandangan mereka. 


 Sungguh menghairankan, satu kaum yang dahulunya telah menyirami dunia, mengapa pula pada hari ini mereka sendiri kedahagaan? Kaum yang dahulunya pernah mengajar dunia dengan tamadun dan peraturan hidup, mengapa pada hari ini mereka sendiri hidup tanpa tamadun dan peraturan? Pemimpin-pemimpin di kalangan umat telah memikirkan keadaan yang lemah ini sejak dahulu lagi dan telah mengusahakan berbagai-bagai cara untuk memperbaikinya tetapi sebagaimana seorang punjangga urdu bermadah: 


 "Semakin diubati, penyakit semakin brtambah". nantikan sambungannya pada baagian ke-dua

No comments:

Post a Comment

Ghuraba Nasheed remix by Turntoislam.com