Kita adalah ashraful makhluqat. Kita adalah hamba Allah, Makhluk Allah SWT yang paling mulia di kalangan seluruh makhluk Allah SWT dan Allah SWT telah ciptakan 18 000 jenis makhluk. 1/4 adalah dari kalangan makhluk ini hidup di atas daratan, dan 3/4 lagi di dalam lautan. Daripada semua makhluk ini Allah SWT telah ciptakan kita "Manusia" paling mulia sekali oleh kerana itu Allah SWT tidak hantar kita sia-sia.
Maka Allah SWT sendiri tanya dalam Al-Quran. "Wahai Hamba-hambaku adakah kamu menyangka, adakah kamu berkira'kira bahawa aku hantar kamu di atas muka bumi sia-sia? untuk habiskan kehidupan macam itu sahaja? dan kamu jugak menyangka bahawa kamu semua tidak akan kembali kepada kami?
Afahasibtum annama khalaqnakum Aabathan waannakum ilayna la turjaAAoona (al-Mu'minuun: ayat 115)
Ini pertanyaan Allah SWT pada kita semua. Allah SWT hantar kita di atas bumi ini untuk bina kehidupan kita dan Allah yang sebenarnya yang membina kehidupan kita Allah SWT dan Allah SWT akan buat keputusan untuk bina kehidupan kita apabila kita memenuhi kehendak-kehendak Allah SWT, apabila kita ikut agama Allah SWT.
Satu orang yang hidup dalam sebuah pondok atau satu orang yang hidup di dalam banglow. Apabila dia ikut kehendak Allah SWT maka Allah akan bina kehidupan dia. Satu orang buruh kasar tetapi dia ikut kehendak Allah swt ikut agama Allah SWT maka Allah SWT akan bina kehidupan dia. Undang-undang disisi Allah SWT untuk bina kehidupan manusia bukanlah berdasarkan pangkat bukanlah berdasarkan harta bukanlah berdasarkan apa-apa benda dunia. Sebaliknya ketetapan Allah SWT undang2 Allah SWT dalam bina kehidupan Manusia adalah dalam agama Allah SWT.
Maka siapa yang ikut kehendak Allah SWT ikut agama Allah SWT maka Allah SWT akan bina kehidupan dia. yang menjadi ketetapan Allah yang menjadi asas kehidupan adalah hanya dalam agama Allah SWT. Allah SWT tidak pernah pun tetapkan kejayaan manusia dalam benda-benda dunia tetapi Allah SWT letakkan kejayaan manusia hanyalah dalam Agama Allah SWT. Jika menjadi ketetapan/ penilaian Allah SWT untuk bagi kejayaan ialah harta, pangkat, emas, perak, makanan yang mewah, rumah yang besar, kenderaan yang mewah ini semua menjadi penilaian Allah SWT untuk bagi kejayaan maka tidak ada orang lain yang lebih berhaq daripada mendapat perkara-perkara ini lebih daripada Muhammad SAW. kerana Muhammad SAW hanyalah satu-satunya hamba Allah SWT yang kalau tidak kerana baginda seluruh alam ini tidak ciptakan, Alam ini tidak akan ada.
Seluruh Alam ini diciptakan kerana berkat Muhammad SAW maka bagindalah yang berhaq daripada semua makhluk Allah SWT. Tetapi benda-benda dunia ini tidak ada kejayaan sedikitpun. Jika benda dunia ini ada kejayaan maka, rumah yang besar, kenderaan yang mewah makanan yang mewah akan bersama Muhammad SAW di madinah. Jika semua ini ada kejayaan semua ini akan bersama dengan Muhammad SAW kerana baginda lebih berhaq. Tetapi oleh kerana benda-benda ini tidak ada kejayaan maka kita sudah pun tahu lembaran kehidupan Nabi Muhammad SAW yang zuhud.
No comments:
Post a Comment