Tuesday, September 17, 2013

PESANAN PENTING! Perasaan Ummah..





al'Allamah Syeikhul Hadis Maulana Muhammad Yusuf bin Syeikh Maulana Ilyas al-Kandhlawi rahimahullah (kiri) & ash Syahid al'Allamah al'Habib Muhammad bin Hafidz rahimahullah (kanan-ayah Hb. Umar)
al'Allamah Syeikhul Hadis Maulana Muhammad Yusuf bin Syeikh Maulana Ilyas al-Kandhlawi rahimahullah (kiri) & ash Syahid al'Allamah al'Habib Muhammad bin Hafidz rahimahullah (kanan-ayah Hb. Umar)

Syeikhul Hadis Maulana Muhammad Yusuf rahimahullah (pengarang kitab Hayatus Sahabah) menyampaikan pesanan penting terakhirnya di Daerah Raiwind, Lahore, Pakistan, pada hari Ahad selepas solat subuh, pada 24 Zulqaedah bersamaan 28 Mac 1965.
Pesanannya yang panjang ini telah dicatitkan oleh Maulana Abdul Aziz Khulnawi. Syeikh Maulana Yusuf telah memberi satu ceramah terpenting yang terakhir dalam kehidupan beliau. Selepas hamdalah (memanjat pujian kepada Allah swt) dan selawat, berlawanan dengan kebiasaan, Syeikh Maulana telah mulai berceramah seperti berikut:

Mintak doa semua - Berakhirnya satu lagi kisah hidup ku dan bermulanya cerita baru


Assalammua'alaikum Warahmatullahi wabarakatuh,

Sekian lama blog ini menyepi dan dah bersawang, akhirnya aku terfikir untuk kembali aktif di sini. Alhamdulillah sepanjang menyepi aku telah lalui berbagai perkara yang mendidik aku untuk menjadi insan, apatah lagi dapat bertermu dengan sahabat-sahabat yang penuh kecintaan kepada Agama. terutamanya seorang sahabat yang bernama Abu Zarim, yang telah banyak memberikan keriangan dalam hidupku lebih-lebih lagi dengan video-videonya di France. Ini lah gambar aku dengannya ketika walimah nya di Shah Alam, tahniah di ucapkan kepadanya dan zaujahnya. Andai kata jodoh ku pulak untuk bernikah dialah antara orang yang pertama aku jemput.



 Abu Zarim di sebelah kiri, yang belah kanan yang mcm pelampong itulah saya (ini bukan self promote, ini semua POYO) ;p


Sepanjang penyepian ini jugak saya telah bertemu dengan seorang wanita yang ingin berubah ke arah kebaikan, Alhamdulillah keadaan hidupnya telah berubah. dan dia berharap aku dapat temankannya, Akan tetapi kerana Aku ingin dahulukan keluarga, agamaku, impianku..dan kerana aku ingin mengikut kehendak ibuku maka aku memilih untuk menjauhkan diriku agar tidak memberi harapan dalam hidupnya. (ini bukan soal cinta, ini soal khidmat mak ayah adalah utama)

Sebelum itu ada baiknya aku bercerita sebab utama aku menceritakan sebab aku menyepi diri. ...Err mcm mana mahu ceritanya...


beginalah, Aku seorang yang muda dan masih naif, tidak berpengalaman dan mungkin tidak matang dalam kehidupan. Aku menyepi kerana cintaku tertolak (aku memang x baik) bukan tertolak dari sesiapa tapi dari keluarga terdekat jugak ( kes berat nanang nih) tapi ianya di reject dengan baik. Ini kerana mungkin aku bukanlah seorang lelaki yang baik, setiap kali aku ingin merubah cara hidupku aku sentiasa jatuh lagi dan lagi. Tapi aku yakin semua itu ujian dari Allah. Maka aku bermuzakarah dengan beberapa orang kawan yang jugak merupakan pelajar-pelajar alim. Mereka mengatakan bahawa bila Allah datangkan ujian ialah kerana Allah sayang pada kita. Jadi kerana ujian itulah aku memanjat kembali dan mengambil kembali langkahku dan terus maju ke hadapan.

Ikhlas niat

Dari Anas bin Malik ra. dari Nabi saw, beliau bersabda : "Ketika Allah menciptakan bumi, bumi itu goyang, maka Dia menciptakan gunung-gunung, lalu bumi itu menjadi tetap (tidak bergoyang). Maka Malaikat heran terhadap kehebatan gunung, mereka bertanya : 

"Wahai Tuhanku, adakah makhlukMu yang lebih hebat dari pada gunung ?" Dia berfirman: "Ya, besi". Mereka bertanya : "Wahai TuhanKu, adakah makhlukMu yang lebih hebat dari pada besi ?" Dia berfirman : "Ya, api". Mereka bertanya : "Wahai TuhanKu, adakah makhlukMu yang lebih hebat dari pada api ?" Dia berfirman : "Ya, air". Mereka bertanya : "Wahai TuhanKu, adakah makhlukMu yang lebih hebat dari pada air. ?" Dia berfirman : "Ya, angin". Mereka bertanya : "Wahai TuhanKu, adakah dari makhlukMu yang lebih hebat dari pada angin ?"Dia berfirman : "Ya, anak Adam yang tangan kanannya mensedekahkan sesuatu dengan tersembunyi dari tangan kirinya". (Hadits ditakhrij oleh Tirmidzi).amalan yang kecil tapi jika ikhlas kerana Allah swt. adalah lebih bernilai dari dunia dan seisi dunia..syaitan pun takut..kerana iklhas niat lebih kuat dari apa jenis bentuk sekali pun..hati yang ikhlas kerana Allah swt lebih di takuti syaitan. renungkanlah adakah setiap amalan kite selama ini iklhas kerana Allah?..tiap2 malam seblum tidur kita kena muhasabah diri kita.

Saudara semuanya baik, sayang semua,
maafkan saya, saya hamba yang hina

Al-Fansuri

Ghuraba Nasheed remix by Turntoislam.com