Tuesday, September 17, 2013

Ikhlas niat

Dari Anas bin Malik ra. dari Nabi saw, beliau bersabda : "Ketika Allah menciptakan bumi, bumi itu goyang, maka Dia menciptakan gunung-gunung, lalu bumi itu menjadi tetap (tidak bergoyang). Maka Malaikat heran terhadap kehebatan gunung, mereka bertanya : 

"Wahai Tuhanku, adakah makhlukMu yang lebih hebat dari pada gunung ?" Dia berfirman: "Ya, besi". Mereka bertanya : "Wahai TuhanKu, adakah makhlukMu yang lebih hebat dari pada besi ?" Dia berfirman : "Ya, api". Mereka bertanya : "Wahai TuhanKu, adakah makhlukMu yang lebih hebat dari pada api ?" Dia berfirman : "Ya, air". Mereka bertanya : "Wahai TuhanKu, adakah makhlukMu yang lebih hebat dari pada air. ?" Dia berfirman : "Ya, angin". Mereka bertanya : "Wahai TuhanKu, adakah dari makhlukMu yang lebih hebat dari pada angin ?"Dia berfirman : "Ya, anak Adam yang tangan kanannya mensedekahkan sesuatu dengan tersembunyi dari tangan kirinya". (Hadits ditakhrij oleh Tirmidzi).amalan yang kecil tapi jika ikhlas kerana Allah swt. adalah lebih bernilai dari dunia dan seisi dunia..syaitan pun takut..kerana iklhas niat lebih kuat dari apa jenis bentuk sekali pun..hati yang ikhlas kerana Allah swt lebih di takuti syaitan. renungkanlah adakah setiap amalan kite selama ini iklhas kerana Allah?..tiap2 malam seblum tidur kita kena muhasabah diri kita.

Saudara semuanya baik, sayang semua,
maafkan saya, saya hamba yang hina

Al-Fansuri

No comments:

Post a Comment

Ghuraba Nasheed remix by Turntoislam.com