Sekian lama blog ini menyepi dan dah bersawang, akhirnya aku terfikir untuk kembali aktif di sini. Alhamdulillah sepanjang menyepi aku telah lalui berbagai perkara yang mendidik aku untuk menjadi insan, apatah lagi dapat bertermu dengan sahabat-sahabat yang penuh kecintaan kepada Agama. terutamanya seorang sahabat yang bernama Abu Zarim, yang telah banyak memberikan keriangan dalam hidupku lebih-lebih lagi dengan video-videonya di France. Ini lah gambar aku dengannya ketika walimah nya di Shah Alam, tahniah di ucapkan kepadanya dan zaujahnya. Andai kata jodoh ku pulak untuk bernikah dialah antara orang yang pertama aku jemput.
Abu Zarim di sebelah kiri, yang belah kanan yang mcm pelampong itulah saya (ini bukan self promote, ini semua POYO) ;p
Sebelum itu ada baiknya aku bercerita sebab utama aku menceritakan sebab aku menyepi diri. ...Err mcm mana mahu ceritanya...
beginalah, Aku seorang yang muda dan masih naif, tidak berpengalaman dan mungkin tidak matang dalam kehidupan. Aku menyepi kerana cintaku tertolak (aku memang x baik) bukan tertolak dari sesiapa tapi dari keluarga terdekat jugak ( kes berat nanang nih) tapi ianya di reject dengan baik. Ini kerana mungkin aku bukanlah seorang lelaki yang baik, setiap kali aku ingin merubah cara hidupku aku sentiasa jatuh lagi dan lagi. Tapi aku yakin semua itu ujian dari Allah. Maka aku bermuzakarah dengan beberapa orang kawan yang jugak merupakan pelajar-pelajar alim. Mereka mengatakan bahawa bila Allah datangkan ujian ialah kerana Allah sayang pada kita. Jadi kerana ujian itulah aku memanjat kembali dan mengambil kembali langkahku dan terus maju ke hadapan.
Akahirnya keputusan telah di buat, biarlah aku jatuh sekalipun tapi jangan sesekali aku jatuh semangat. Bila ada mujahada datanglah kemanisan dalam agama. Aku sedar diri ku ini penuh dosa, dan aku tak layak masuk syurgaNya, aku lebih layak masuk nerakaNya dan aku lebih layak di jadikan Khinzir atau anjing kerana buruknya akhlakku. apatah lagi bila Dia tunjukkan jalannya aku sering kali jatuh jga dan tetap melakukan maksiat. Tapi dia tetap kasih pada aku kerana berikan aku hidayat ketika aku masih berkemampuan untuk mengamalkan agama.
!!!Allahu~ Dosa aku banyak tetapi rahmatmu pengampunan mu lebih luas dari dosa-dosaku. !!!
bab saudara terdekat tu aku serahkan pada Allah, dia tahu yang terbaik untuk hambaNya. Kini biarlah aku menjadi insan yang dapat amalkan agama yang sempurna dalam kehidupanku. Kerana maut datang bila-bila masa. Hatta bila hati berdebar bila berjumpa tapi aku palingkan segala seluruh perasaan itu dan aku letakkan matlamat utamaku iaitu mendapat Redha Allah. Biar aku x bertegur dengannya tetapi jangan sesekali aku berpaling dari matlamatku.
Owh yea untuk makluman aku start belajar di Universiti sejak 2009 lagi. pejam celik sudah 4 tahun aku belajar. dan hujung tahun ini berakhirlah pengajianku. Allahu 4 tahun bukan masa yang pendek tapi panjang!..
Azam aku selepas aku tamat pengajian adalah untuk tolong abang aku yeala maklumlah nak dapat anak no.2 dia HAHA!..so itu antaranya..dan yang paling penting aku nak jelajah seluruh dunia.
pertama sekali aku ingin ke India,Pakistan, Bangladesh selama 4 bulan untuk belajar agama di sana. kedua aku ingin ziarah ke temboro (madarasah di sana) untuk berjumpa dengan mereka yang ada sifat tawadhuk dalam diri mereka. yang ketiga ke turkey untuk melihat sejarah Islam di sana. ke empat ke Yaman untuk bertalaqqi di sana. kemudian akan ku ke china untuk aku melihat keadaan ummat Islam di sana. Insya Allah Aku akan usahakan impianku tercapai. Sudah cina aku akan fikirkan lokasi seterusnya ;)..dan yang paling penting aku ingin bawah bakal zaujah ku (aku x tahu siapa, ianya dalam penegatahuan Allah) bersama-sama menjelajah dunia.
AKHIR SEKALI MINTAK DOA KAWAN-KAWAN SAUDARA MARA AGAR KAMI LULUS DAN NAJAH!..AMALAN-AMALAN TUAN PENUH DENGAN AMALAN SOLEH, SAYA BERTAWASSUL DENGAN AMALAN SOLEH ANDA SEMUA. SAYA HANYALAH INSAN YANG DI PENUHI DENGAN DOSA!..
WASSALAM.
NANTIKAN VIDEO SAYA "PELAJAR CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT".
ini ketika Maulana Tariq Jameel hafizahullah berkunjung dan memberikan bayan (penerangan) tetnag akhlak di Seri Petaling pada March 2012. Rindu melihatnya!
No comments:
Post a Comment